SOALAN LAZIM & Maklumat SIP

Semakin penggunaan internet berkembang, komunikasi individu ke individu masa nyata telah menjadi mercu tanda baru dalam komunikasi internet. SIP ialah piawai internet untuk komunikasi yang sedemikian.

SIP (Protokol Pemulaan Sesi) telah dibangunkan oleh IETF dan diterbitkan sebagai RFC 3261.

SIP ialah protokol internet untuk komunikasi langsung yang digunakan dalam menyedia dan memutuskan panggilan suara atau video. Ia adalah protokol pengisyaratan yang digunakan untuk membuat, mengubah suai, dan menamatkan sesi yang mempunyai satu atau lebih peserta dalam rangkaian IP. Sesuatu sesi boleh jadi panggilan telefon dua hala yang jelas dan mudah atau ia boleh jadi sesi persidangan multi-media dengan penyertaan ramai orang.

SIP telah memungkinkan pelbagai perkhidmatan yang kelihatan tidak mungkin disediakan beberapa tahun yang lalu: persidangan internet, telefoni IP, mesej segera, kehadiran, komunikasi suara dan video, kolaborasi data, permainan dalam talian, perkongsian aplikasi, dan banyak lagi.

SIP melakukan untuk komunikasi masa nyata seperti apa yang dilakukan HTTP untuk web dan SMTP untuk e-mel. Ia adalah pemacu utama dalam pemecutan revolusi Telefoni IP.

Protokol SIP adalah serupa dengan protokol HTTP kerana ia adalah berasaskan teks, amat terbuka dan fleksibel. Kesudahannya, ia telah mengambil alih piawai H323.

Dengan Telefoni SIP, alternatif berdaya maju bagi PBX tradisional telah muncul. Sistem telefon SIP memberikan ciri yang meningkatkan mobiliti dan produktiviti pengguna, sambil memberi kelebihan penjimatan kos yang ketara banyaknya. Ini akan menjadikan PBX yang berasaskan perkakasan proprietari, lapuk.

Beberapa soalan yang paling kerap ditanya mengenai SIP dijawab dalam SOALAN LAZIM SIP ini.

Domande frequenti sull' IP PBX, SIP e VOIP  

Soalan lazim IP PBX, SIP & VOIP (in English)



Feed Unavailable