Telefon VOIP 3CX– softphone VOIP PERCUMA untuk Windows
Softphone VOIP 3CX adalah aplikasi Windows yang percuma sepenuhnya yang dengannya anda boleh buat dan terima panggilan telefon dengan menggunakan PC atau komputer riba anda. 3CX, syarikat di belakang Sistem Telefon 3CX untuk Windows yang memenangi anugerah serta merintis teknologi ini, adalah pembangun softphone VOIP 3CX.
Keperluan Teknikal & Kesalingoperasian Softphone VOIP 3CX
Memasang softphone VOIP 3CX dalam komputer anda adalah tidak mencukupi untuk membuat panggilan telefon di luar rangkaian tempatan anda. Anda mesti disambungkan kepada Pembekal VOIP atau pelayan VOIP/SIP. Softphone VOIP 3CX adalah serasi dengan kebanyakan Pembekal VOIP yang paling popular. Untuk mendapatkan senarai pembekal VOIP yang telah diuji dengan Sistem Telefon 3CX untuk Windows dan softphone VOIP 3CX klik di sini.
Untuk mengendalikan softphone VOIP 3CX anda memerlukan:
- Sambungan pembekal VOIP/pelayan SIP
- PC / komputer riba / komputer buku yang beroperasi menggunakan: Windows 2000, XP, 2003, Server atau Vista
- Sambungan internet jalur lebar
- Alat dengar dengan mikrofon dan/atau kad bunyi
- Maklumat yang berikut dari Pembekal VOIP anda: IP, ID pengesahan, kata laluan
|