3CX IP PBX sebagai pelayan faks rangkaian – alternatif yang berkesan kos untuk perniagaan
Terdapat banyak kelebihan Sistem Telefon 3CX untuk Windows. Pertama sekali, IP PBX berasaskan perisian yang menggantikan PBX perkakasan pemilikan tradisional, telah dibangunkan semata-mata untuk Microsoft Windows dan berasaskan pada standard SIP. Selain itu, 3CX IP PBX boleh juga digunakan dalam perniagaan anda sebagai pelayan faks rangkaian.
Sebagai pelayan faks rangkaian, Sistem Telefon 3CX untuk Windows memberikan set lengkap faedah yang merangsang mobiliti, produktiviti dan membantu anda menjimatkan kos:
- Penjimatan kos kerana tidak perlu membeli dan menyelenggarakan mesin faks tradisional – semua faks dihantar dan diterima dari komputer pengguna
- Penjimatan kos dengan mengelakkan pencetakan - tidak perlu mencetak dokumen yang perlu dihantar dan semua faks disimpan dalam komputer pengguna sebagai fail digital
- Penjimatan kos kerana tidak perlu membeli modem, kad faks dan talian telefon tambahan untuk mengendalikan mesin atau pelayan faks – 3CX menggunakan get laluan VOIP dan bukan modem, dan langsung tidak memerlukan pemacu, modem atau kad faks
- Penjimatan masa dengan mengelakkan perjalanan menuju ke mesin faks – faks dikendalikan seperti e-mel, hantar dan terimanya dengan satu klik tetikus
- Penjimatan masa bagi kakitangan IT yang tidak perlu memasang dan menyelenggarakan pelayan faks yang berasingan
- Faedah mobiliti dan produktiviti dengan membolehkan pekerja menghantar dan menerima faks dari mana-mana – malah secara jauh!
Sistem Telefon 3CX untuk Windows memberikan teknologi Komunikasi Gabungan dalam perniagaan anda dengan menyepadukan kesemua proses perniagaan anda secara selanjar.
Muat turun Sistem Telefon 3CX untuk Windows dan gunakan sistem telefon lengkap dan pelayan faks rangkaian dalam perniagaan anda SEKARANG
|