Singkirkan kerunsingan PBX dengan Sistem Telefon 3CX VOIP!
Kembangkan komunikasi anda dengan Sistem Telefon 3CX bagi Windows - IP PBX yang menggantikan sepenuhnya PBX proprietari anda, menyokong telefon perisian/ perkakasan SIP standard, perkhidmatan VOIP dan talian telefon PSTN tradisional. Sistem Telefon 3CX jauh lebih murah berbanding PBX tradisional dan boleh mengurangkan kos panggilan dengan ketara dengan menggunakan pembekal perkhidmatan VOIP. Pentadbiran berasaskan webnya membuatkan pengurusan sistem telefon mudah. Sistem Telefon 3CX menyingkirkan rangkaian pendawaian telefon dan membolehkan pengguna untuk berkongsi kemudahan (hot desk) hanya dengan membawa telefon mereka. Ciri Utama:
- Sistem telefon sempurna: Menyediakan pengalihan, penyaluran & giliran panggilan
- Kos pembelian secara ketara lebih rendah daripada PBX perkakasan tradisional
- Boleh diskala – Sambungan dan talian telefon tanpa had. Tidak memerlukan modul pengembangan proprietari!
- Konfigurasi & isyarat status berasaskan web - Pengurusan sistem telefon mudah!
- Permesejan bersepadu: Terima mel suara melalui e-mel
- Auto atendan (contoh. 1 untuk jualan, 2 untuk sokongan dsb.)
- Mengurangkan kos panggilan jarak jauh dan antara pejabat
- Tiada lagi telefon sistem proprietari yang mahal: Menggunakan telefon SIP standard
- Menyingkirkan pendawaian telefon dan membuatkan pemindahan pejabat lebih mudah
Buat lawatan produk atau muat turun edisi percuma hari ini dan bebaskan diri anda daripada PBX proprietari!

|