Gunakan Sistem Telefon 3CX untuk Windows sebagai pelayan faks berkos
Lupakan kekecewaan menghantar faks secara manual dan sepadukan komunikasi faks dan suara dengan Sistem Telefon 3CX untuk Windows!
3CX IP PBX merangkumi pelayan faks serasi T38 yang membolehkan penghantaran dan penerimaan faks melalui rangkaian VOIP (suara melalui IP). Perniagaan yang berhasrat untuk meningkatkan komunikasi mereka boleh menikmati pelbagai faedah Telefoni IP dengan Sistem Telefon 3CX untuk Windows, dan pada masa yang sama melupakan kos menggunakan mesin faks atau sakit kepala ketika memasang pemacu khusus untuk pelayan faks yang tradisional.
Faedah menggunakan Sistem Telefon 3CX untuk Windows sebagai pelayan faks adalah:
- Tidak membazirkan waktu meninggalkan pejabat dan menuju ke bilik mesin faks - hantarkan faks terus dari komputer anda, di mana sahaja anda berada!
- Tidak perlu menunggu sehingga faks berjaya dihantar
- Tidak perlu menunggu cetakan kecuali jika perlu - e-mel masuk dan keluar disimpan dalam format digital
- Tidak perlu membelanjakan peruntukan anda untuk membeli dan menyelenggarakan mesin faks
- Tidak perlu membeli dan memasang modem faks dan kad faks untuk menggunakan perkhidmatan Faks Microsoft, kerana ini adalah serasi sepenuhnya dengan 3CX IP PBX
- Tidak perlu memasang pemacu yang diperlukan oleh banyak pelayan faks tradisional – sebaliknya 3CX menggunakan get laluan VOIP
- Tidak memerlukan talian telefon tambahan – talian sama yang digunakan untuk komunikasi suara anda digunakan oleh 3CX untuk menghantar dan menerima faks.
Baca selanjutnya mengenai Sistem Telefon 3CX untuk Windows dan ciri utamanya.
Muat turun Sistem Telefon 3CX untuk Windows dan bebaskan diri anda daripada sistem telefon proprietari anda dan mesin faks lama anda hari ini!
|