Perihal 3CX
3CX membangunkan perisian IP PBX bagi Windows. Pasaran IP PBX sedang meletup: Faedah Sistem Telefon VOIP / IP PBX amat ketara, dan syarikat sedang bertukar kepada sistem IP PBX pada kadar yang begitu pantas. Jualan kelengkapan Telefoni IP meningkat setiap tahun pada kadar lebih daripada 50% dan dijangka akan mencapai $15 bilion setiap tahun menjelang 2007.
3CX, yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan beribu pejabat di Eropah dengan pejabat di London dan Cyprus, telah memberi tumpuan kepada pasaran IP PBX Windows dengan Sistem Telefon 3CX bagi Windows nya. Sementara terdapat berbagai rumusan Linux , Windows profesional berasaskan rumusan IP PBX yang mudah dikonfigurasi dan sesuai bagi perniagaan Kecil dan Sederhana begitu sedikit di pasaran. 3CX telah menumpukan dirinya dalam pasaran ini.
Sistem Telefon 3CX keseluruhannya berasaskan standard SIP, dan dengan yang demikian ia saling beroperasi dengan kebanyakan telefon SIP popular, Get Laluan SIP VOIP dan pembekal SIP VOIP. Ia bertujuan untuk menggantikan sepenuhnya PBX tradisional, agar mudah diurus oleh pentadbir sistem dan agar bersepadu dengan baik dengan infrastruktur Rangkaian Windows.
Perkongsian 3CX kini mewujudkan perkongsian dengan penjual perkakasan dan pembekal VOIP, dengan tujuan rangkuman OEM bagi Sistem Telefon 3CX bersama perkakasan VOIP , perkakasan Pelayan dan perkhidmatan VOIP. 3CX juga mempunyai perkongsian teknologi dengan syarikat-syarikat terkemuka. 3CX sedang giat membina komuniti pengguna di sekeliling Sistem Telefon 3CX, dengan 3CX Valued Professionals membantu pengguna yang tidak biasa dengan sistem ini.
3CX adalah syarikat pegangan persendirian dengan pasukan pengurusan yang disokong oleh pengalaman bertahun-tahun dalam pembangunan dan penjualan infrastruktur rangkaian & perisian telekomunikasi. 3CX adalah sebahagian daripada kumpulan syarikat perisian yang merangkumi 2X Software, pembangun perisian klien tipis, dan Acunetix, pembangun perisian pengimbasan keselamatan untuk aplikasi web.
Pengurusan
Nick Galea - CEO
Nick menubuhkan 3CX Ltd pada tahun 2005 berbekalkan 15 tahun pengalaman dalam pembinaan dan pemimpinan pasukan pembangunan produk usaha niaga, dan penjualan infrastruktur rangkaian & perisian telekomunikasi. Beliau memiliki kelulusan Sarjan Muda dalam Pengurusan dari The Hague dan mendapat Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari University of Bradford. Pada tahun 1992 beliau menjadi pengasas bersama GFI Software Ltd. Semasa menjadi CEO bagi GFI, syarikat ini berkembang menjadi peserta peneraju dalam pasaran sekuriti – dengan ratusan ribu pelanggan di seluruh dunia, pejabat di 8 negara dan lebih daripada 200 pekerja. Nick juga pengasas 2X Software Ltd & Acunetix Ltd.
3CX Worldwide
3CX Worldwide mempunyai tumpuan antarabangsa dan kami membina kewujudan kami di seluruh dunia secara aktif. Kami telah membina kehadiran web di negara berikut:
|